Saturday 5 May 2012


CASPER

C – Contrast (Perbezaan Ketara)
A – Alignment (Susunan Lurus)
S – Simplicity (Mudah)
P – Proximity (Berhampiran)
E – Emphasis (Penekanan)
R – Repetition (Pengulangan)
Contrast (Perbezaan Ketara)
- Perbezaan antara dua objek. Perlu memilih dua warna yang kontra.
- Selain daripada membezakan dua item yang berlainan, kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
- Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan:
· Font
· Objek besar dan kecil
· Garis halus dan kasar
· Tekstur licin dengan kasar
· Unsur mendatar dengan menegak
· Garis berjauhan dengan berdekatan
· Grafik kecil dengan besar.


Alignment (Susunan Lurus)
- Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
- Dalam prinsip ini, item perlu disusun supaya tidak janggal.
- Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.


Simplicity ( Mudah)
- Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan
- Sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran.
- Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.
- Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna daripada teks yang panjang lebar.


Proximity (Berhampiran)
- Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pad satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item.
- Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.

Emphasis (Penekanan)
- Perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.
- Tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan tersebut.


Repetition (Pengulangan)
- Dalam prinsip repitition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian.
- Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna.
- Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap media.
- Kita boleh menggunakan perulangan media, teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.


PERSEMBAHAN ASAS MEMBINA SLAID
Lima Unsur:
· Kandungan elemen seni
o warna, kedudukan objek dan font, saiz
o bentuk dan jenis objek/font
· keperluan persembahan
o tunjuk cara atau bergambar
· golongan sasaran
· lokasi persembahan
· mesej perlu tepat


PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

  • Kerangka Persembahan Papan Cerita (Story Board)
- Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia.
- Dalam melakar papan cerita, perlu mengaplikasikan konsep reka letak.
- Papan cerita disediakan di peringkat awal proses reka bentuk.
- Papan cerita merupakan lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam satu persembahan perisian multimedia.

  • Kelebihan Papan Cerita
- Membolehkan pembangun perisian mencambah minda dan idea.
- Dapat merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal.
- Membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan komputer.
- Membolehkan merangcang dan mengaplikasi teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.
- Dengan membuat lakaran awal segala perubahan dapat dilakukan dengan mudah.
- Penggunaan papan cerita menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian.
- Papan cerita mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.
- Papan cerita membolehkan pembangun perisian mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk.


Elemen yang diambil kira ketika membina papan cerita:
  • Warna latar belakang
  • Jenis font
  • Saiz huruf
  • Warna huruf
  • Format gambar
  • Format video
  • Format audio

Sunday 19 February 2012

MYSELF

Hi frenz!!!Me Santhia a/p Gunasegaran from L7.Im studying in IPG Kampus Ipoh.Hope so me can make new frenz right now...